Rabu, 22 April 2009

Promosi Jualan & Kempen Mencari 50 0rang Pengedar.


Assalamualaikum...pembaca yang di rahmati Allah sekalian.

Selamat datang ke Blog Pys Natural Herbs.
Semoga anda di bawah perlindungan Allah swt dan di anugerahkan kesihatan yang baik.Sesungguhnya kesihatan badan yang baik itu tidak dapat di ganti dengan wang ringgit.Kesihatan akan bernilai apabila kita mengidap sesuatu penyakit.Kesan dari penyakit ini akan mempengaruhi jiwa,emosi dan kualiti penghidupan.Oleh yang demikian mukmin yang sihat(menjaga kesihatan) mempunyai kelebihan di sisi Islam.

Setelah 2 tahun lebih berkecimpung di dalam dunia Herba ini akhirnya Pys Management Services dengan izin Allah swt telah mengorak langkah dengan melancarkan “Promosi Jualan & Kempen Mencari 50 0rang Pengedar ”

Tawaran kami bermula dengan setiap pembelian 2 jenis produk anda layak untuk mendapat harga promosi dari kami sebanyak 12%dan anda akan di kirimkan 2 ebook percuma (Terapi Rukyah dan Buat Blog Percuma)Anda juga layak untuk menjadi pengedar kami jika jumlah pembelian sehingga 1/7/09 mencapai kepada nilai $250.00(mengikut terma ,syarat dan kuota)

Sekiranya anda terus membeli produk kami dengan belian $150.00 keatas.Anda secara rasminya layak menjadi pengedar dan stokis kami mengikut terma dan syarat.Potongan Diskaun minimum untuk pengedar kami adalah 30%.Nilai diskaun bertambah mengikut nilai belian.Pihak kami juga akan menjalankan promosi demi promosi untuk memperkenalkan produk ini.

  

Rabu, 15 April 2009

Kopi Spott Inner Chi Baik Untuk Student U/Kolej




Assalamualaikum.....

Semoga sihat dan di rahmati Allah.Bagi student U atau Kolej sesetengahnya mungkin tengah bertungkus lumus menyiapkan diri untuk ke peperiksaan semester.Saya doakan anda semua tenang di dalam semua keadaan kerana jiwa yang tenang itu akan menghasilkan sesuatu yang berkualiti.Pada kebiasaan senario ini bolehlah di katakan "malam serupa siang "dan ada pula tuu yang tak sempat nak tidur......Pergi class mata sepet dan silap-silap tertidur.Lecturer pun tak boleh nak kata apa sebab mereka ni dulu pun student.Assignment bertimbun tak siap , subjek itu dan ini tak study lagi...hai apalah nasib.Kalau tau dulu bersedia awal2 tak lah pening macam sekarang.Nasihat saya bertenang dan jangan panic.
Begitulah majoritnya gambaran keadaan student apabila hari peperiksaan hampir tiba.Study last minit adalah satu perkara biasa dan menjadi amalan.Walaubagaimanapun saya doakan buat student semua agar tenang menjawab soalan dan akhirnya score CGPA 3.5 ke atas.

Bagi student2 yang memang dah terpaksa berjaga malam cubalah berusah tambahkan energy anda dan kurangkan stress dengan minuman herba Spott Inner Chi.Tak cuba tak tau dan tak boleh nak komen.Kelainan Spott Inner Chi ini adalah kerana ramuan Eksrak yang bermutu dan di formulakan khusus untuk Otak dan Energy.Gabungan ekstrak Ashwagandha + Tribuluss+++ menjadikannya unik dan lain daripada yang lain.Kelainan ini dapat di rasakan apabila anda merasa tidak mengantuk dan tidak letih berfikir.Tidur walaupun sekejap tetapi tiada masaalah untuk bangun dari tidur.Fresh bila bangun dari tidur.(fakta kesihatan tidur mesti cukup ...tapi dah nak exam...nak buat macammana).
Insyaallah.Kepada student semua di harap jangan panic & stress menghadapi situasi demam peperiksaan ini
dan dapatkanlah Minuman Herba SPOTT Inner Chi.Cuma $18.00 sekotak tidak termasuk kos penghantaran.Penghantaran adalah percuma di sekitar Nilai N.Sembilan.
Pesanan Tel atau SMS nama/kuantiti dan alamat ke 013-3655715.


"Berkhasiat tetapi bukan Obat"



Minggu, 29 Maret 2009

Minuman Herba Spott Inner Chi Yang Mengkagumkan



Assalamualaikum.....izinkan kami memperkenalkan sejenis minuman yang mempunyai pelbagai khasiat khususnya untuk Tenaga dan Stress.Ianya di hasilkan dari ekstrak herba yang terpilih dan telah di kenali serta mempunyai khasiat untuk tubuh badan.

Kandungan Herba di dalam Minuman Spott Inner Chi.

  1. Ekstrak Ashwaganda-Herba yang berasal dari India dan terkenal dalam perubatan Ayurveda untuk memulih sistem saraf dan otak.Amat baik untuk pelajar..
  2. Ekstrak Tribulus-Di gunakan di dalam perubatan Ayurveda untuk meningkatkan potensi sex lelaki & perempuan.
  3. Kavcha-Sembelit dan masaalah penghadaman.
  4. Tongkat Ali-Perjalanan Darah .
  5. Madu-Tenaga,penghadaman.
  6. Ginseng-melancarkan perjalanan darah
  7. Sesuai di minum untuk lelaki & perempuan dan boleh di minum pada bila-bila masa yang di perlukan.

Apa kata pengemar & pengamal minuman Spott Inner Chi.

  1. "Senang bangun tidur dan tiada rasa sengal badan"-pengurus perisian
  2. "Mudah menerima pelajaran dan tidak boring"-pelajar
  3. "Rasa relax dan tekun membuat kerja"-kontraktor
  4. "Tidak letih dan banyak idea,tidur lambat tapi mudah untuk bangun tidur"-designer
  5. "Tidak letih,walaupun saya baru kahwin.....emmmm"-peserta kursus kahwin

"Sesuai untuk memandu malam dan apabila banyak menggunakan tenaga"-feed back dari pemandu lori.Harga sekotak (10 uncang) cuma $18.00 tidak termasuk harga pos.Berminat hubungi 013-3655715.Penghantaran percuma untuk kawasan nilai.Setiap pembelian di kira menyumbang kepada Maahad Tahfiz Ai Qan di Bandar Baru Nilai.

"Allah Menentukan Kita Cuma Merancang".

Wassalam.

Senin, 21 Juli 2008

"PysDetoxtea" Tea herba pelbagai khasiat.


Tea herba dari ramuan terpilih ini adalah hasil dari campuran daun herba keji beling,misai kucing,sena ,stevia & limau purut.Tea ini secara tradisional dapat membantu pengamalnya melindungi organ dalaman dari ancaman radikal bebas melalui sifat antioksidanya yang tinggi .Tea in juga dapat membantu untuk pembuangan toksid & masaalah sembelit serta membantu merencatkan pengumpulan lemak di dalam badan.Selain dari itu juga daun keji beling di dalam tea ini menurut kajian pakar mampu merencatkan pertumbuhan kanser,anti mikrob,batu karang,kencing manis dan darah tinggi.Jadikanlah teh ini sebagai minuman harian kita.
Cara Menyediakan PysDetoxTea.



  1. Masukan 1 uncang pysdetoxtea ke dalam teko(atau apa juga bekas)

  2. Tuangkan air mendidih ke dalam teko

  3. Tunggu sehingga 10 minit dan boleh di hidangkan untuk sekeluarga.

  4. Waktu yang sesuai untuk diminum adalah pada bila-bila masa asalkan perut tidak kosong.

  5. Di galakkan untuk meminum air masak sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.

  6. Bagi yang ingin menurunkan berat badan.Apabila teh ini telah di sejukkan bolehlah di masukkan ke dalam botol mineral saiz besar dan airnya boleh di tambah sehingga warnanya hilang.

Khasiat Teh Menurut Pengamal Pysdetoxtea.



  1. pelanggan 1 - Masaalah sembelit berkurangan dan lawas pembuangan air besar

  2. Pelanggan2-Badan ringan dan mambantu menurunkan berat badan yg disertai diet serta senaman

  3. Pelanggan3-Membantu merawat kencing manis dan darah tinggi.

  4. Pelanggan4-Batu karang

  5. Pelanggan5-Sihat & Bertenaga

  6. Pelanggan6-Keputihan & Haid yang tidak teratur

Tidak rugi membelinya cukup menjimat ,satu hari satu uncang.Harga cuma $16 tidak termasuk kos penghantaran.Cuma sms nama/alamat & kuantiti ke 0133655715.Insyallah tidak rugi membelinya.....Penghantaran percuma di sekitar Nilai.


Memerlukan pengedar di Setiap Daerah & Negeri.


Wassalam.


Senin, 14 Juli 2008

Kapsul Fenugreek Sauda Mengkagumkan.



Rasulullah saw : "Sesungguhnya Al Habatus Sauda boleh menyembuhkan segala penyakit kecuali al-sam"saya bertanya , "Apakah al-sam itu ?Baginda menjawab."Al-sam ialah maut."

(Hadith Riwayat Bukhari)


Rasulullah saw bersabda : "Sekiranya umatku tahu akan kelebihan Halba nescaya mereka sanggup tukarkan dengan sebanyak timbangan emas" (books of Sufi Healing m.s 58)


Bersandarkan daripada 2 hadis di atas beserta keyakinan terhadap apa yang di sarankan oleh Rasulullah saw maka memang terbuktilah keberkesanan kombinasi 2 jenis bijirin ini untuk mengekalkan tahap kesihatan yang maksimum dan sedikit sebanyak membantu secara tradisional bagi mereka yang mengidap pelbagai penyakit seperti Asma,sembelit,Darah tinggi,kencing Manis ,Sengugut,Keputihan,Kegemukkan,Keletihan,kolesterol tinggi dll.Keberkesanan kapsul ini dapat di buktikan dari hasil Testimoni bagi mereka yang telah mencuba kapsul fenugreek ini . Ianya sungguh mengkagumkan.Cara pengunaan makan sebiji hingga 2 biji sehari selepas sarapan dan makan.Untuk mengekalkan kesihatan cukup sebiji sehari.


Anda tidak rugi mencuba,tambahan pula ianya telah di doakan dengan ayat suci al-alquran. Menurut kajian terdahulu dan pakar kandungan yang terdapat di dalam 2 bijiran ini adalah baik untuk Batuk,Asma,selsema,kencing manis,buah pinggang,tekanan darah tinggi,masaalah angin,buasir,barah,gastrik,cacing,kudis,ghout,masaalah wanita,melancarkan haid,kembung ,sebu,pencuci perut,menguatkan jantung,menghilangkan lendir,melegakan sakit kepala & kegemukkan.


Harga sebotol cuma $16.00 tidak termasuk harga pos,penghantaran di sekitar nilai adalah percuma.Pembelian dan pesanan cuma sms nama/alamat/kuantiti ke 0133655715 t.kasih

Minggu, 23 Maret 2008

Apa itu perubatan herba.

Assalamualaikum,alhamdulillah hari ini saya betul-betul gembira kerana apabila saya taip perubatan herba di search engine blog saya ada ranking .syukur cuma saya berdoa pada tuhan agar blog saya ni ada orang baca.Sebab saya ni newbie ,ada juga saya beli e-book yang menggendalikan cara buat blog ,tapi susah jugak ,mungkin sabab saya tak da basic agaknya.Apa yang saudara -saudari lihat dalam blog ni adalah panduan dari kawan-kawan yang murah hati untuk mengajarkan ilmunya maka beginilah hasilnya...saya akan cuba upgrade lagi insyaallah.

Berbalik kita tentang perubatan herba ini marilah sama-sama kita berfikir dan memberi sumbangan idea apakah yang di katakan perubatan herba itu.Memang banyak istilah yang kita temui,Hasil dari pengumpulan maklumat itu berikut adalah beberapa petikan yang di kira boleh kita ambil rujukan tentang istilah perubatan herba itu....

1.....Mengobat penyakit menggunakan unsur alam semulajadi yang halal tanpa mengundang bahaya.......

2.....Menggunakan khasiat tumbuhan yang diperakui berkhasiat melalui kajian saintifik dan pengalaman perawat alternatif untuk mencegah dan merawat penyakit melalui dos yang tertentu dan tidak berlebihan untuk diamalkan dan apabila mengamalkannya tiada kesan sampingan .......

3....mendasarkan prinsip perubatan ini dengan bersumberkan ilmu yang benar(Al-Quran & Hadis)tanpa meninggalkan kemajuan terkini(faktor kajian saintifik)..kesinambungan ini merangkumi perubatan Al-Quran,Sunnah,Cara pemakanan & amalan Rasulullah,serta penemuan terkini tidak kiralah berasal dari barat yang telah di Islamisasikan.Herba yang digunakan adalah halal dan akhirnya terasalah diri untuk tunduk dengan kebesaran Allah....

Begitulah di antara pendapat yang saya terima hasil dari pembelajaran dan muzakarah bersama-sama teman sealiran(Per.Herba).Insyaallah dalam halaman ini saya akan cuba berkongsi pengalaman dengan peminat herba kaedah untuk merawat sesuatu penyakit dengan herba .Insyallah saya memang ada menyediakan bahan rawatan yang memang betul-betul murah....untuk merawat pesakit.Sama macam hospital ada antibiotik,dosnya,dan lain2 cuma bezanya kita gunakan herba.Buat masa ni pendaftaran untuk ahli perubatan herba mudahje ,cuma beri komen dan email pada saya asepol@yahoo.com resuma anda.
sekian......(Pengumuman: pendaftaran mudah kursus kahwin di Nilai(5minit Dari Tol)SmS Nama-IC-Tarikh Kursus ke 0133655715.

Jumat, 21 Maret 2008

Istilah & Definasi Perubatan Herba.

Sepertimana yang kita ketahui bahawa perubatan herba ini telah wujud sejak ribuan tahun dahulu.Pada zaman nabi sulaiman as dikhabarkan bahawa setiap tumbuhan itu memperkenalkan dirinya serta khasiatnya,bermula dari era inilah perubatan herba itu menjadi satu kaedah perubatan untuk mengubati penyakit.Kalau di kaji berbagai -bagailah asal perubatan ini termasuklah penggunaanya pada zaman ketamadun Yunani,Hindu,Cina,Greek dan sebagainya.

Apa yang mustahak sekali prinsip kita di dalam memertabatkan perubatan alami ini mestilah ada dasarnya.Kita tidak memilih untuk "Tangkap Muat " saja,orang kata amal itu,kita pun amallah tapi tak da kesan pun.Apa puncanya.........pernahkah kajian di buat,tahukah perawat alami ini mengenal dan mengesan penyakit,tahukah mereka ini sistem perjalanan dan fungsi organ dalam badan,tahukah mereka ini dos yang sesuai dan macam2 kajian lagi perlu di ambil kira.Dasar perubatan herba ini mestilah merujuk kepada fitrah alam.Fungsi manusia sebagai khalifah dan hubungkait antara Al-quran dan Sunnah di dalam perubatan.Bukankah Allah menjamin bahawa Al Quran & Sunnah itu Sebaik-baik panduan.

Kesimpulannya Perubatan Herba(Alami) ini mestilah merujuk kepada Al-Quran Dan Sunah kerana banyak Rahsia yang tidak bisa kita rungkai kerana kemujarabatan hanya untuk orang yang yakin dan percaya (iman)