Jumat, 21 Maret 2008

Istilah & Definasi Perubatan Herba.

Sepertimana yang kita ketahui bahawa perubatan herba ini telah wujud sejak ribuan tahun dahulu.Pada zaman nabi sulaiman as dikhabarkan bahawa setiap tumbuhan itu memperkenalkan dirinya serta khasiatnya,bermula dari era inilah perubatan herba itu menjadi satu kaedah perubatan untuk mengubati penyakit.Kalau di kaji berbagai -bagailah asal perubatan ini termasuklah penggunaanya pada zaman ketamadun Yunani,Hindu,Cina,Greek dan sebagainya.

Apa yang mustahak sekali prinsip kita di dalam memertabatkan perubatan alami ini mestilah ada dasarnya.Kita tidak memilih untuk "Tangkap Muat " saja,orang kata amal itu,kita pun amallah tapi tak da kesan pun.Apa puncanya.........pernahkah kajian di buat,tahukah perawat alami ini mengenal dan mengesan penyakit,tahukah mereka ini sistem perjalanan dan fungsi organ dalam badan,tahukah mereka ini dos yang sesuai dan macam2 kajian lagi perlu di ambil kira.Dasar perubatan herba ini mestilah merujuk kepada fitrah alam.Fungsi manusia sebagai khalifah dan hubungkait antara Al-quran dan Sunnah di dalam perubatan.Bukankah Allah menjamin bahawa Al Quran & Sunnah itu Sebaik-baik panduan.

Kesimpulannya Perubatan Herba(Alami) ini mestilah merujuk kepada Al-Quran Dan Sunah kerana banyak Rahsia yang tidak bisa kita rungkai kerana kemujarabatan hanya untuk orang yang yakin dan percaya (iman)

Tidak ada komentar: