Minggu, 23 Maret 2008

Apa itu perubatan herba.

Assalamualaikum,alhamdulillah hari ini saya betul-betul gembira kerana apabila saya taip perubatan herba di search engine blog saya ada ranking .syukur cuma saya berdoa pada tuhan agar blog saya ni ada orang baca.Sebab saya ni newbie ,ada juga saya beli e-book yang menggendalikan cara buat blog ,tapi susah jugak ,mungkin sabab saya tak da basic agaknya.Apa yang saudara -saudari lihat dalam blog ni adalah panduan dari kawan-kawan yang murah hati untuk mengajarkan ilmunya maka beginilah hasilnya...saya akan cuba upgrade lagi insyaallah.

Berbalik kita tentang perubatan herba ini marilah sama-sama kita berfikir dan memberi sumbangan idea apakah yang di katakan perubatan herba itu.Memang banyak istilah yang kita temui,Hasil dari pengumpulan maklumat itu berikut adalah beberapa petikan yang di kira boleh kita ambil rujukan tentang istilah perubatan herba itu....

1.....Mengobat penyakit menggunakan unsur alam semulajadi yang halal tanpa mengundang bahaya.......

2.....Menggunakan khasiat tumbuhan yang diperakui berkhasiat melalui kajian saintifik dan pengalaman perawat alternatif untuk mencegah dan merawat penyakit melalui dos yang tertentu dan tidak berlebihan untuk diamalkan dan apabila mengamalkannya tiada kesan sampingan .......

3....mendasarkan prinsip perubatan ini dengan bersumberkan ilmu yang benar(Al-Quran & Hadis)tanpa meninggalkan kemajuan terkini(faktor kajian saintifik)..kesinambungan ini merangkumi perubatan Al-Quran,Sunnah,Cara pemakanan & amalan Rasulullah,serta penemuan terkini tidak kiralah berasal dari barat yang telah di Islamisasikan.Herba yang digunakan adalah halal dan akhirnya terasalah diri untuk tunduk dengan kebesaran Allah....

Begitulah di antara pendapat yang saya terima hasil dari pembelajaran dan muzakarah bersama-sama teman sealiran(Per.Herba).Insyaallah dalam halaman ini saya akan cuba berkongsi pengalaman dengan peminat herba kaedah untuk merawat sesuatu penyakit dengan herba .Insyallah saya memang ada menyediakan bahan rawatan yang memang betul-betul murah....untuk merawat pesakit.Sama macam hospital ada antibiotik,dosnya,dan lain2 cuma bezanya kita gunakan herba.Buat masa ni pendaftaran untuk ahli perubatan herba mudahje ,cuma beri komen dan email pada saya asepol@yahoo.com resuma anda.
sekian......(Pengumuman: pendaftaran mudah kursus kahwin di Nilai(5minit Dari Tol)SmS Nama-IC-Tarikh Kursus ke 0133655715.

Jumat, 21 Maret 2008

Istilah & Definasi Perubatan Herba.

Sepertimana yang kita ketahui bahawa perubatan herba ini telah wujud sejak ribuan tahun dahulu.Pada zaman nabi sulaiman as dikhabarkan bahawa setiap tumbuhan itu memperkenalkan dirinya serta khasiatnya,bermula dari era inilah perubatan herba itu menjadi satu kaedah perubatan untuk mengubati penyakit.Kalau di kaji berbagai -bagailah asal perubatan ini termasuklah penggunaanya pada zaman ketamadun Yunani,Hindu,Cina,Greek dan sebagainya.

Apa yang mustahak sekali prinsip kita di dalam memertabatkan perubatan alami ini mestilah ada dasarnya.Kita tidak memilih untuk "Tangkap Muat " saja,orang kata amal itu,kita pun amallah tapi tak da kesan pun.Apa puncanya.........pernahkah kajian di buat,tahukah perawat alami ini mengenal dan mengesan penyakit,tahukah mereka ini sistem perjalanan dan fungsi organ dalam badan,tahukah mereka ini dos yang sesuai dan macam2 kajian lagi perlu di ambil kira.Dasar perubatan herba ini mestilah merujuk kepada fitrah alam.Fungsi manusia sebagai khalifah dan hubungkait antara Al-quran dan Sunnah di dalam perubatan.Bukankah Allah menjamin bahawa Al Quran & Sunnah itu Sebaik-baik panduan.

Kesimpulannya Perubatan Herba(Alami) ini mestilah merujuk kepada Al-Quran Dan Sunah kerana banyak Rahsia yang tidak bisa kita rungkai kerana kemujarabatan hanya untuk orang yang yakin dan percaya (iman)

Rabu, 19 Maret 2008

Memertabatkan Perubatan Herba.

Penggunaan herba di dalam penyembuhan penyakit sebenarnya telah lama di amalkan iaitu sejak ribuan tahun dahulu.Keberkesanannya memang telah di perakui dan sehingga sekarang ianya masih di amalkan oleh masyarakat kita.Siapa yang tak kenal dengan tongkat ali,kacip fatimah dan lain-lain lagi.Jadi kita lihat pasaran herba dari hari ke hari terus meningkat dan semakin ramai orang kita menggunakan herba.Harganya uhhhhhhhh boleh tahan juga.Tapi ada yang separuh tu tak juga baik penyakitnya tapi harganya mahal.Macammana ni ........saya kira sudah sampai masanya untuk masyarakat kita di dedahkan sedikit sebanyak tentang ilmu gandingan perubatah herba,al-quran dan sunnah tanpa mengenepikan kajian sains moden.Ilmu ni mahal sekali harganya...tapi takpalah kasihan kat kawan-kawan kita duit dah nbanyak habis tapi penyakit macam tu juga............

Ok saya terpaksa berhenti seketika nanti saya sambung lagi...........